Friday, October 19, 2012

Suatu hari...

Sedang jalan dengan terges-gesa untuk ke satu tempat yang sgt penting,aq terlihat seorang pakcik berkopiah duduk dalam keadaan termengah-mengah.

                 Suasana tengah hari sabtu itu sangat sibuk.Orang ramai berpusu-pusu melepasi orang tua itu manakala kenderaan pula bertali-arus.Udara berbahang dengan matahari tegak di atas kepala yang memungkinkan orang tua itu hampir pitam.

                Naluri aq ingin menolongnya.Tetapi seolah-olah ada suara menegah aq berbuat demikian.

               ''Kalau kau tolong dia,nanti kau lambat sampai''.
               ''Jangan cari pasal lah,lebih baik kau beredar segera!''.
               ''Hah,buat apa susahkan diri,ramai lagi orang boleh bantu orang tua tu!''.
               ''Macam mana kalau orang tua itu minta kau hantar dia balik atau pergi hospital?Menyusah dan membuang masa kau saja!''.






                Kerana mengikut lintasan fikiran jahat itu,aq tidak menolong orang tua tersebut.Aq hanya tercegat di tepi jalan,memerhati saja kejadian itu.Seminit dua berlalu.Orang ramai buat tidak ambil endah pun,masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

                Beberapa minit kemudian barulah kelihatan seorang pemuda berserban mendekati orang tua itu.Dengan bantuan seorang lelaki lain dia memapah orang tua itu ke tepi jalan,ke tempat yang lebih teduh.

               Tiba-tiba aq rasa malu pada diri ini.Terasa kesal kerana tidak bertindak waras sebaliknya melayani fikiran jahat saya.Kejadian itu menghantui saya sepanjang hari.Terbayang-bayang dimataku,orang tua manahan kesakitan dicelah-celah laluan orang ramai.Tambahan pula matahari terik terpacak di atas kepala sedangkan saya tergamak memerhatikannya saja.Bagaimana kalau orang tua itu ialah ibu bapaku?

             Kejadian itu menyedarkan dan mengingatkan saya bahawa untuk membuat kebaikan,tidak perlu diri kita lengkap serba serbi terlebih dahulu.Bantulah apa yang terdaya oleh kita.

              Sepatutnya peluang memberi khidmat kepada orang tua itu patut aq lakukan,tidak perlu menunggu orang lain.Ianya tidak memerlukan modal pun,dan peluang membuat kebaikan bukan ada setiap masa.Tidak perlu tunggu ada masa lapang.

               Kita tidak perlu menjadi superman baru hendak menolong orang.Kita juga tidak semestinya sampai menggadai nyawa untuk membuat jariah atau sumbangan.Masih banyak tugas mudah lain yang boleh kita buat, tetapi kita selalu mempersia-siakannya.


              Akhir kalam,bantu orang yamg memerlukan bantuan anda.Tidak luak pun malah pasti ada ganjaran atau hadiah yang Tuhan beri.Tapi ingatlah setiap bantuan itu biarlah ikhlas.Jika seseorang itu memberi ssesuatu,ambillah dengan cara baik.Kata orang rezki jangan ditolak,musuh jangan dicari...

No comments:

Post a Comment