Friday, October 19, 2012

betul ke??



Couple itu haram ke??mana mungkin anda semua tidak pernah dengar atau mengetahui tentang hakikat sebenar couple dari perspektif ISLAM ,,owh baiklah kadang terlupa dan alpa bila sudah lama ''bertapa di dalam gua cinta ilusi Sdn.Bhd''..kedatangan ini bukanlah memberi amaran atau ancaman tetapi sekadar mengimbas kembali ilmu yang dulunya pernah kita pelajari dari satu peringkat ke satu peringkat ilmu yang lebih tinggi.Ingatlah,bahawa orang yang berjaya adalah yang bercakap setelah mangamalkannya.
Amaran ALLAH agar manjauhi zina ada banyak hikmahnya.Antaranya adalah COUPLE.Couple itu haram kerana ia merupakan bunga zina.Ramai yang tahu tentang keburukannya,tetapi tidak mengetahui dan menyelami bagaimana mangatasi isu ini dengan bijak dari perspektif ISLAM.IS IT TRUE ISLAM IS THE WAY OF OUR LIFE??Hal ini kian menjadi satu kezaliman yang lazim.
Setiap insan dianugerahkan rasa kasih sayang.Perasaan ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah manusia.Islam ini indah.Ia tidak menolak serta merta hakikat ini,bahkan memberi motivasi dan terapi jiwa yang tepat dan berkesan mengatasi fitrah ini.Namun begitu,perasaan ini perlu dikawal agar tidak tersasar dari landasan yang disyariatkan Islam.

''WAHABLU MINNANAS,HABLU MINNALLAH''

Ayat inilah yang sering dikaitkan apabila membincangkan isu hubungan atau komunikasi.Komunikasi antara hamba dan MAHA PENCIPTA,serta manusia sesama manusia.

Andai benar hakikat cinta dan kasih sayang kita ini suci lagi murni,lautan api sudah mula sanggup diredahi,TASIK DANGA direnung sehingga kelihatan begitu cetek,lautan MANUSIA di STESEN BAS LARKIN tidak lagi dihiraukan kerana terlalu asyik dengan hasutan iblis laktanullah,laungan jihad FI SABILILLAH kian sayup2 kedengaran.YES!!SUCCESS!!Teriakkan iblis dn kuncu-kuncunya yang bersorak kegirangan.Sayangnya,kita tidak mendengar suara itu dn terus kealpaan. ALLAHUAKBAR! bimbinglah hati-hati kami yang sering tertipu dengan tipu daya syaitan ini ke jalan yang KAU redhai,Ya ALLAH..Realiti masa kini,sering tertipu dengan tagline ''CINTA ISLAM''.Setiap perbicaraan dihiasi dengan panggilan (ana,anti)mesej untuk saling bermau'izah dan saling mengingatkan serta yang seumpamanya.LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL,kembalilah kepada ALLAH selagi berkesempatan.
Andainya benar hakikat cinta dan kasih sayang kita ini suci lagi murni,persembahkanlah sepenuh hatimu kepada ALLAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hambaNYA.
Natijahnya,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,juge sebaliknya.Justera itu,peliharalah cintamu,wahai syabab Islam dan kembalilah ke jalan Cinta ALLAH.Kelak akan akan kau temui cinta pasangan yang mencintaiNYA.PEMILIK CINTA SETELAH ALLAH DAN RASULULLAH.






No comments:

Post a Comment